Maldiv


Ελληνικά English 中文 Tiếng Việt Català Italiano Euskara العربية Čeština Eesti Galego Español Русский Nederlands Português Norsk (Bokmål) Türkçe Lietuvių ไทย Română Polski Français Українська Hrvatski Deutsch Magyar فارسی हिन्दी Suomi Dansk 日本語 עברית తెలుగు Nynorsk Српски / Srpski 한국어 Svenska Slovenčina Bahasa Melayu Slovenščina

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik. Walau bagaimanapun, sepanjang 38 tahun, Maldives hanya pernah mempunyai 2 presiden meskipun sekatan-sekatan politik telah dilonggarkan baru-baru ini.

Sri Lanka Wilayah Lautan Hindi British India Myanmar Oman Seychelles Bangladesh Somalia Nepal Pakistan Mauritius Emiriah Arab Bersatu Thailand Bhutan Qatar Singapura Djibouti Bahrain Afghanistan Laos Kemboja Yaman Comoros Madagaskar Iran Habsyah Arab Saudi Kuwait Eritrea Uzbekistan


Impressum