<img src="https://d5nxst8fruw4z.cloudfront.net/atrk.gif?account=0nABo1IWhe10Y8" style="display:none" height="1" width="1" alt="" />

Rusia


Ελληνικά English 中文 Tiếng Việt Català Italiano Euskara العربية Čeština Eesti Galego Español Русский Nederlands Português Norsk (Bokmål) Türkçe Lietuvių ไทย Română Polski Français Bahasa Melayu Hrvatski Deutsch Dansk فارسی हिन्दी Suomi Magyar 日本語 עברית తెలుగు Nynorsk Српски / Srpski 한국어 Svenska Slovenčina Українська Slovenščina

Rusia (Rusia: Россия, tr. Rossiya,IPA: [rɐˈsʲijə]  ( dengar)), atau nama rasminya Persekutuan Rusia (Rusia: Российская Федерация, tr. Rossiyskaya Federatsiya,IPA: [rɐˈsʲijskəjə fʲɪdʲɪˈratsɨjə]  ( dengar)) atau sekadar Rusia, ialah sebuah negara yang terletak di Eurasia utara. Ia merupakan sebuah negara republik persekutuan separa berpresiden yang terdiri daripada 83 subjek persekutuan. Dari barat laut ke tenggara, Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania dan Poland (kedua-duanya dengan wilayah Kaliningrad), Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia, dan Korea Utara. Ia juga bersempadan laut dengan Jepun melalui Laut Okhotsk, dan Amerika Syarikat melalui Selat Bering. Pada keluasan 17,075,400 kilometer persegi (6,592,800 bt²), Rusia ialah negara terbesar di dunia yang meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh Bumi. Rusia juga negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang. Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah, merangkumi 9 zon waktu serta pelbagai jenis persekitaran dan rupa bumi. Rusia memiliki rizab galian dan sumber tenaga yang terbesar di dunia. Ia juga mempunyai hutan simpan terbesar di dunia, dan tasik-tasiknya mengandungi kira-kira satu perempat air tawar sedunia.

Lithuania Latvia Poland Belarus Estonia Republik Czech Slovakia Denmark Hungary Sweden Romania Moldova Slovenia Austria Jerman Ukraine Belanda Luxembourg Serbia Liechtenstein Finland Belgium Croatia Switzerland Bosnia dan Herzegovina Montenegro San Marino Republika e Kosovës Bulgaria Republik Macedonia