United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland Utara), atau lebih dikenali sebagai United Kingdom, UK, dan Britain, ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah. UK merupakan sebuah bangsa kepulauan yang terbentuk daripada sebuah kepulauan yang terdiri daripada Great Britain, bahagian timur laut pulau Ireland, dan sebilangan besar pulau-pulau kecil. Ireland Utara ialah satu-satunya wilayah UK yang bersempadan darat[note 1] dengan negara berdaulat yang lain, iaitu Republik Ireland. Selain sempadan darat ini, UK dikelilingi oleh Lautan Atlantik, Laut Utara, Selat Inggeris, dan Laut Ireland.