Suomi Українська فارسی Tiếng Việt Lietuvių Ελληνικά Svenska Galego 日本語 Português Español Slovenčina English Русский Română 한국어 Eesti Français 中文 Slovenščina Polski Dansk ไทย Nederlands Magyar العربية Euskara Deutsch Čeština Italiano Norsk (Bokmål) Català Türkçe Српски / Srpski עברית
Jambatan Brooklyn merupakan jambatan gantung yang tertua di Amerika Syarikat. Ia sepanjang 5,989 kaki (1825 m) merentangi Sungai Timur, menghubungkan kawasan perbandaran Manhattan dan Brooklyn (di Long Island) di bandar raya New York. Setelah disiapkan, ia adalah merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia, jambatan gantungan kabel keluli, dan jambatan pertama yang menghubungkan Long Island. Asalnya dirujuk sebagai Jambatan New York dan Brooklyn, ia diwar-warkan sebagai Jambatan Brooklyn di dalam satu surat pada tahun 1867 kepada penyunting Brooklyn Daily Eagle, dan dahulunya telah diberi nama oleh kerajaan bandar pada tahun 1915. Sejak pembukaannya, ia telah menjadi sebahagian dari ikon atau mercu tanda di ruang udara New York. Jambatan tersebut telah disenaraikan dalam Daftar Binaan Bersejarah Negara pada tahun 1964.