Suomi فارسی Tiếng Việt Lietuvių Ελληνικά Galego 日本語 Nynorsk Español Slovenčina English Русский Română 한국어 Português Eesti Français 中文 Norsk (Bokmål) Polski Dansk Svenska ไทย Magyar العربية Nederlands Slovenščina Čeština Deutsch Українська Euskara Italiano Hrvatski Català Türkçe Српски / Srpski עברית
Gereja Kecil Sistine (Latin: Sacellum Sixtinumcode: la is deprecated ; Itali: Cappella Sistinacode: it is deprecated , [kapˈpɛlla siˈstiːna]) adalah sebuah gereja kecil di Istana Apostolic iaitu kediaman rasmi Paus di Kota Vatikan yang asalnya dikenali sebagai Cappella Magna. Gereja ini mengambil nama daripada Paus Sixtus IV yang bertanggungjawab memulihkan binaannya antara tahun 1477 dan 1480. Sejak itu, gereja ini telah berfungsi sebagai kedua-dua tempat beribadah dan tempat bekerja petugas paus. Gereja ini berperanan kini sebagai tempat pemilihan seorang bakal Paus yang baru untuk mengetuai Gereja Katolik. Kemasyhuran gereja ini datang terutamanya daripada lukisan fresko yang menghiasi dalamannya terutamanya siling gereja serta Il Giudizio Universale karya Michelangelo.