Ansan

Suomi فارسی Tiếng Việt Lietuvių 日本語 Português Español Slovenčina English Русский 한국어 Eesti Français 中文 Українська Norsk (Bokmål) Polski Magyar Svenska ไทย العربية Nederlands Čeština Deutsch Italiano Català Türkçe

Ansan
Wikipedia

Ansan (sebutan bahasa Korea: [an.san]) ialah sebuah bandar raya di Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan. Ia terletak di barat daya Seoul dan merupakan sebahagian daripada Kawasan Ibu Negara Seoul. Ia dihubungkan ke Seoul dengan kereta api melalui Laluan 4 Kereta Api Bawah Tanah Seoul. Ansan terletak di kawasan pantai Laut Kuning dan beberapa pulau juga terletak di bawah pentadbiran bandar raya ini. Pulau terbesar dan yang paling terkenal adalah Pulau Daebu. Beberapa institusi pengajian tinggi juga terletak di Ansan termasuk Universiti Ansan, Kolej Teknologi Ansan, Institut Seni Seoul dan kampus ERICA Universiti Hanyang. Agensi kerajaan, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Korea juga beribu pejabat di Ansan. Dengan jumlah pekerja asing yang tinggi, Wongokbon-dong telah dipilih sebagai sebuah kawasan pelbagai budaya.




Impressum