Turki

فارسی Nederlands Norsk (Bokmål) Português Español Dansk తెలుగు Čeština Italiano Hrvatski Ελληνικά English Suomi Tiếng Việt Galego Українська Română Lietuvių 日本語 Nynorsk 中文 ไทย Deutsch Türkçe Magyar Svenska Català Slovenčina हिन्दी Русский עברית Slovenščina Српски / Srpski Français Euskara 한국어 Eesti Polski العربية

Turki (Jawi: ‏توركي‎‎), secara rasmi dipanggil Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.

Wikipedia



Impressum