Gempa bumi Haiti 2010

Suomi Deutsch Euskara فارسی Tiếng Việt Lietuvių Ελληνικά हिन्दी 日本語 Nynorsk Español Slovenčina Русский Română 한국어 Eesti Français 中文 English Polski Dansk Hrvatski Svenska ไทย Magyar Català العربية Nederlands Português Čeština Slovenščina Українська Српски / Srpski Italiano Norsk (Bokmål) Türkçe עברית

Gempa bumi Haiti 2010
Wikipedia

Gempa bumi Haiti 2010 ialah sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, ibu negara Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari 2010, sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya sebanyak 33 gegar penghujung, 14 daripadanya antara magnitud 5.0 hingga 5.9. Persatuan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa bumi ini; Menteri Dalam Negeri Haiti Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa. Pada 10 Februari pula, kerajaan Haiti mengumumkan bahawa seramai 230,000 orang telah disahkan meninggal manakala 300,000 lagi cedera. Mereka juga menganggarkan 250,000 rumah dan 30,000 bangunan komersil telah runtuh atau rosak teruk.




Impressum