Costa Rica

Suomi فارسی Tiếng Việt Galego తెలుగు Magyar Nederlands Slovenščina Српски / Srpski Norsk (Bokmål) Português Română Français Euskara Català Lietuvių Svenska 日本語 Nynorsk Español Slovenčina 中文 Dansk ไทย Čeština Deutsch Italiano Hrvatski Українська Ελληνικά हिन्दी English Русский 한국어 Eesti Polski العربية Türkçe עברית

Costa Rica ialah sebuah negara di selatan Amerika Tengah, di antara Nicaragua dan Panama. Negara ini mempunyai pantai di sepanjang Lautan Pasifik dan Laut Caribbean. Costa Rica bermaksud "pantai yang kaya" dalam bahasa Sepanyol, dan dinamakan oleh Christopher Columbus dan penjelajah bersama beliau yang menjangkakan menemui emas di kawasan tersebut. Jangkaan mereka meleset dan Costa Rica menjadi jajahan termiskin Sepanyol. Keadaan bertambah baik selepas Costa Rica mencapai kemerdekaan pada tahun 1821. Hari ini negara ini dikenali sebagai negara yang mempunyai taraf kehidupan yang paling tinggi di Amerika Tengah serta kadar celik huruf dan jangka hayat tertinggi. Costa Rica adalah negara demokrasi yang stabil sejak akhir tahun 1800an.

Wikipedia



Impressum