Malaysia

Suomi فارسی Tiếng Việt עברית Galego Lietuvių తెలుగు Magyar Nederlands 한국어 Slovenščina Српски / Srpski Norsk (Bokmål) Português Română Français Català Svenska 日本語 Nynorsk Español Slovenčina 中文 Dansk ไทย Deutsch Euskara Italiano Hrvatski Ελληνικά हिन्दी Čeština English Русский Eesti العربية Polski Українська Türkçe

Malaysia (Jawi: ‏مليسيا‎‎) secara rasminya Persekutuan Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 bt²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki oleh 28 juta penduduk dan pada tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang yang menduduki di Malaysia.

Wikipedia



Impressum