Geografi India

Suomi Українська فارسی Tiếng Việt हिन्दी 日本語 Português Српски / Srpski Deutsch Español English Русский Română Čeština Français 中文 Polski Svenska العربية Nederlands Slovenščina Euskara Italiano Hrvatski Català עברית

India yang merangkumi sebahagian terbesar benua kecil India, terletak di atas plat tektonik India, iaitu di bahagian barat laut Plat Indo-Australia. Proses pembentukan geologinya bermula 75 juta tahun dahulu, apabila benua kecil India yang ketika itu merupakan sebahagian benua besar selatan Gondwana, mula beralir ke arah timur laut selama 50 juta tahun, merentasi Lautan Hindi yang ketika itu belum terbentuk lagi. Ini disusuli pertembungan benua kecil ini denghan Plat Eurasia dan subdukt di bawahnya yang melahirkan banjaran Himalaya, pergunungan tertinggi di dunia yang kini bercamtum dengan India di utara dan timur laut. Pergerakan plat ini juga melahirkan sebuah palung yang luas di bekas dasar laut yang teletak berhampiran selatan Himalaya dan seterusnya diisi endapan sungai, lalu membentuk Dataran Indo-Ganges. Pada barat dataran ini, dan terpisah darinya oleh Bukit-bukit Aravalli, terletaknya Gurun Thar. Plat India yang asal kini tinggal Semenanjung India, aitu bahagian yang tertua dan paling stabil dari segi geologi di India, mencapai sejauh banjaran Satpura dan banjaran Vindhya di India tengah; banjaran-banjaran selari ini terbentang dari pantai Laut Arab di Gujarat ke Penara Chota Nagpur yang kaya dengan arang di Jharkhand. Di selatannya, daratan semenanjung yang selebihnya, iaitu penara Deccan, diapit pada kiri dan kanannya oleh banjaran pesisiran, iaitu masing-masing Ghat Barat dan Ghat Timur, mengandungi pembentukan batu tertua di India pada usia kira-kira sebilion tahun. India terletak pada utara khatulistiwa antara 6°44' dan 35°30' latitud utara dan 68°7' dan 97°25' longitud timur.

Wikipedia



Impressum