Korea Selatan

Suomi فارسی Tiếng Việt עברית Galego తెలుగు Magyar Nederlands 한국어 Slovenščina Српски / Srpski Norsk (Bokmål) Português Română Français Català Svenska 日本語 Nynorsk Español Slovenčina Lietuvių 中文 Dansk ไทย Deutsch Euskara Italiano Hrvatski Ελληνικά हिन्दी English Русский Eesti Čeština العربية Polski Українська Türkçe

Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國, Perumian Semakan: Daehan Minguk  dengar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea di Asia Timur. Ia bersempadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi (38,375 bt²) dan dengan penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang.

Wikipedia



Impressum