Pergunungan Pantai

Suomi Lietuvių Português Español Slovenčina English Русский Română Eesti Français 中文 Polski Svenska Nederlands Čeština Deutsch Українська Euskara Italiano Norsk (Bokmål) Türkçe

Pergunungan Pantai
Wikipedia

Pergunungan Pantai merupakan banjaran gunung yang terletak di barat Amerika Utara. Ia memanjang dari barat daya Yukon melalui Alaska Tenggara sehingga ke Sungai Fraser di kawasan selatan Pantai British Columbia. Pergunungan ini dinamakan sebegitu kerana kedudukannya yang dekat dengan pantai laut dan sering dirujuk sebagai Banjaran Pantai. Ia terdiri daripada gunung berapi dan gunung bukan berapi serta padang ais yang besar bagi Banjaran Pasifik dan Banjaran Boundary. Pergunungan Pantai merupakan sebahagian daripada banjaran gunung yang lebih besar iaitu Banjaran Pantai Pasifik (atau Sistem Gunung Pasifik), di dalamnya juga terdiri daripada Banjaran Cascade, Pergunungan Insular, Banjaran Pantai Oregon dan California serta Pergunungan Saint Elias dan Chugach.




Impressum