Filipina

Suomi فارسی Tiếng Việt עברית Galego Lietuvių తెలుగు Magyar Nederlands 한국어 Slovenščina Српски / Srpski Norsk (Bokmål) Português Română Français Català Svenska 日本語 Nynorsk Español Slovenčina 中文 Dansk ไทย Deutsch Euskara Italiano Hrvatski Ελληνικά हिन्दी Čeština English Русский Eesti العربية Polski Українська Türkçe

Filipina [fi-li-pi-na] (Bahasa Filipino: Pilipinas atau Filipinas, Bahasa Inggeris: the Philippines) atau nama rasminya Republik Filipina (Bahasa Filipino: Republika ng Pilipinas; Bahasa Inggeris: Republic of the Philippines) merupakan sebuah negara kepulauan unitari berdaulat di Asia Tenggara. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan) Luzon, Visayas, dan Mindanao. Ibu negara Filipina ialah Manila sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah Bandar Quezon, kedua-duanya tergolong dalam wilayah Metro Manila. Dikelilingi oleh Laut China Selatan di barat, Laut Filipina di timur dan Laut Sulawesi di barat daya, negara Filipina berkongsi sempadan maritim dengan Taiwan di utara, Vietnam di barat, Palau di timur, dan Malaysia dan Indonesia di selatan.

Wikipedia



Impressum