Suomi فارسی Tiếng Việt Lietuvių Ελληνικά Galego 日本語 Nynorsk Español Slovenčina English Русский Română 한국어 Português Eesti Français 中文 Українська Norsk (Bokmål) Polski Dansk हिन्दी Svenska ไทย Magyar العربية Nederlands Slovenščina Čeština Deutsch Euskara Italiano Hrvatski Català עברית Türkçe Српски / Srpski
Pergunungan Appalachia atau Banjaran Appalachia (bahasa Inggeris: Appalachian Mountainscode: en is deprecated atau the Appalachians, Perancis: les Appalachescode: fr is deprecated ) merupakan satu banjaran gunung yang terletak di timur Amerika Utara. Banjaran ini secara kasarnya terbentuk pada 480 juta tahun dahulu ketika zaman Ordovisi dan pernah sekali mencecah ketinggian yang serupa dengan Banjaran Alps dan Pergunungan Rocky, sebelum ia terhakis. Rangkaian Appalachian merupakan penghadang kepada perjalanan antara timur dan barat kerana ia membentuk satu siri rabung bukit dan lembah yang berselang-seli, menghalang mana-mana jalan antara timur dan barat.