Eritrea

Suomi فارسی Tiếng Việt עברית Galego Lietuvių Magyar Nederlands 한국어 Slovenščina Српски / Srpski Norsk (Bokmål) Português Română Français తెలుగు Euskara Català Svenska 日本語 Nynorsk Español Slovenčina Eesti 中文 Dansk ไทย Deutsch Italiano Hrvatski Ελληνικά हिन्दी English Русский Polski Čeština العربية Українська Türkçe

Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur. Namanya berasal daripada perkataan bahasa Latin untuk Laut Merah, Mare Erythraeum, yang berasal pula daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud "merah" (ερυθρός , erythros). Negara ini menyempadani Sudan di barat, Ethiopia di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.

Wikipedia



Impressum