Donggongon

Nederlands Deutsch Polski English

Donggongon
Wikipedia

Donggongon adalah sebuah pekan besar yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak didalam daerah Penampang, tetapi kini ia dianggap adalah sebahagian dari kawasan metropolitan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sehingga tahun 2010, jumlah penduduk di pekan ini ialah sebanyak 1,397. Ibu pejabat polis daerah Penampang, Perpustakaan daerah Penampang, dan Kompleks Sukan Penampang (KSP), adalah contoh bangunan infrastruktur awam yang terletak di pekan Donggongon. Donggongon juga cukup popular dengan "Pasar Tamu" (sebuah pasar mingguan yang hanya dibuka pada setiap hari Khamis dan Jumaat sahaja). Pada dua hari tersebut, dianggarkan beribu orang dari kalangan keluarga, orang awam, pelancong akan melawat pasar tersebut untuk membeli barangan rumah, makanan, barangan cenderamata tradisional seperti beg tangan, gelang mutiara dan gong. Ini kerana dikatakan banyak dari barangan di sana cukup unik kerana barangan dijual adalah hasil sulaman dan buatan tangan orang bumiputera Sabah yang asli dan tulen.




Impressum