Tawau

Українська Tiếng Việt 日本語 Español English Русский 한국어 Français 中文 Polski العربية Nederlands Deutsch Italiano Norsk (Bokmål) Türkçe

Tawau
Wikipedia

Tawau (Tulisan Jawi: ﺗﺎواو, singkatan TWU) atau nama pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga salah satu bandar utama di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Manakala laluan laut penumpang antarabangsa pilihan ke Tarakan dan Nunukan, Indonesia boleh dihubungkan melalui Terminal Feri Tawau.




Impressum